KUALA LUMPUR, 16 April (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Khamis, seiring dengan pasaran tunai yang mengukuh.
Kontrak April 2026 dan September 2026, masing-masing meningkat 5.5 mata kepada 1,685.0 dan 1,665.0, Mei 2026 naik 5.0 mata kepada 1,685.0 dan Jun 2026 menokok 4.0 mata kepada 1,684.0.
Jumlah dagangan berkurangan kepada 5,227 lot daripada 10,119 lot pada Rabu manakala kepentingan terbuka merosot kepada 38,320 kontrak daripada 42,227 kontrak sebelum ini.
Pada 5 petang, FBM KLCI naik 6.29 mata atau 0.37 peratus kepada 1,689.71 daripada 1,683.42 pada Rabu.
-- BERNAMA