PASARAN

Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Tinggi

04/05/2026 07:31 PM

KUALA LUMPUR, 4 Mei (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Isnin, seiring dengan prestasi pasaran tunai.

Pada akhir dagangan, Mei 2026, Jun 2026 dan September 2026 masing-masing meningkat 24.5 mata kepada 1,744.0, 1,743.50 dan 1,725.50 manakala Disember 2026 yang baru disenaraikan berada pada 1,730.0.

Jumlah dagangan susut kepada 9,260 lot daripada 11,310 lot pada Khamis lepas, manakala kepentingan terbuka turun kepada 39,171 kontrak daripada 43,924 kontrak.

Pada 5 petang, FBM KLCI meningkat 17.75 mata atau 1.03 peratus untuk ditutup pada 1,739.77 daripada 1,722.02 pada Khamis lepas.

-- BERNAMA

 

© 2026 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://bernama.com/bm/news.php?id=2552752