BEIJING, 14 Mei (Bernama-Xinhua) -- Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump menyatakan pada Khamis bahawa beliau menantikan "perbincangan besar" dengan Presiden China Xi Jinping, lapor agensi berita Xinhua.
"Terdapat pihak yang berpendapat bahawa ini mungkin sidang kemuncak terbesar yang pernah diadakan," kata Trump dalam ucapan pembukaannya ketika mengadakan pertemuan dengan Xi di Dewan Besar Rakyat di Beijing.
"Setiap kali terdapat kesulitan, kita berjaya menyelesaikannya," kata Trump. "Kita bakal mempunyai masa depan yang hebat bersama-sama."
Trump, yang kini dalam rangka lawatan negara selama tiga hari ke China, berulang kali menyifatkan Xi sebagai seorang pemimpin yang hebat.
Beliau turut menekankan kehadiran delegasi perniagaan peringkat tinggi AS yang mengiringi lawatannya, menyifatkan penyertaan mereka sebagai tanda penghormatan terhadap China dan pemimpinnya.
"Mereka menantikan peluang untuk berdagang dan menjalankan perniagaan," kata Trump.
"Satu penghormatan dapat menjadi rakan anda dan hubungan antara China dan AS akan menjadi lebih baik berbanding sebelum ini," kata Trump.
-- BERNAMA-XINHUA