PASARAN

Niaga Hadapan KLCI Ditutup Tinggi

14/05/2026 07:33 PM

KUALA LUMPUR, 14 Mei (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Khamis.

Kontrak Mei 2026 meningkat 2.0 mata kepada 1,752.5 dan Jun 2026 menambah 2.5 mata kepada 1,752.0.

Kontrak September 2026 dan Disember 2026, masing-masing naik 1.5 mata kepada 1,732.5 dan 1,734.0.

Jumlah dagangan menurun kepada 5,600 lot daripada 8,111 lot pada Rabu manakala kepentingan terbuka berkurangan kepada 38,022 kontrak daripada 39,442 kontrak sebelum ini.

Pada 5 petang, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 0.73 mata kepada 1,745.58 daripada 1,746.31 semasa ditutup pada Rabu.

-- BERNAMA

 

 

 

© 2026 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://bernama.com/bm/news.php?id=2557055