JENAYAH & MAHKAMAH

Lelaki Ditemukan Maut Manakala Remaja Dikhuatiri Lemas Di Kota Belud

16/05/2026 06:59 PM

KOTA BELUD, 16 Mei (Bernama) -- Seorang lelaki ditemukan maut manakala seorang remaja dikhuatiri lemas selepas dilaporkan hilang di sungai berhampiran sebuah tapak perkhemahan, Melangkap Baru di sini pagi tadi.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah dalam kenyataan memaklumkan menerima maklumat kejadian pada 9.26 pagi sebelum mangsa Zul Hakim Abdullah, 23, ditemukan pada 10.18 pagi. 

“Mangsa ditemukan di kawasan pesisir sungai kira-kira 300 meter dari lokasi dia dilaporkan hilang dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan.

“Mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” menurut kenyataan itu.

PGO memaklumkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) remaja dikenali sebagai Daniel Abdullah, 18, sedang giat dijalankan.

Pencarian tertumpu di pesisir sungai menggunakan kaedah pencarian di permukaan air dalam radius satu kilometer dari lokasi kejadian.

-- BERNAMA

 

 

© 2026 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://bernama.com/bm/news.php?id=2557912