DUNIA

Rusia Komited Perkukuh Hubungan Dengan China - Putin

19/05/2026 12:48 PM

BEIJING, 19 Mei (Bernama-CMG) -- Presiden Rusia Vladimir Putin berkata Rusia komited memperkukuh hubungan persahabatan dan persefahaman dengan China.

Beliau berkata demikian dalam ucapan video menjelang lawatan rasminya ke China pada Isnin.

“Saya yakin kita akan terus berusaha bersama-sama untuk mengintensifkan hubungan persahabatan, mendorong pembangunan kedua-dua negara ke arah kemakmuran yang lebih besar, supaya membawa lebih banyak manfaat kepada rakyat, serta menyumbang kepada usaha memelihara keselamatan dan kestabilan global,” kata Putin.

Putin dijadual mengadakan lawatan rasmi ke China pada 19 hingga 20 Mei.

Ini merupakan lawatan kali ke-25 Putin ke China.

-- BERNAMA-CMG

© 2026 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://bernama.com/bm/news.php?id=2558871