Patung mainan 'plush' unta yang tergantung di kedai sekitar Masjidil Haram kini bukan sekadar cenderamata biasa, sebaliknya antara "penumpang terawal" yang sedang bersedia pulang ke Malaysia apabila ramai jemaah haji mula menghantar buah tangan mereka lebih awal sebelum kemuncak ibadah haji bermula.
Deretan patung lembut unta yang cukup sinonim dengan Tanah Suci itu antara barangan paling banyak memenuhi kotak penghantaran bagasi jemaah Malaysia bersama kurma, jubah dan pelbagai cenderamata lain untuk keluarga di tanah air.
Perkhidmatan penghantaran barangan dan bagasi yang diselaras Lembaga Tabung Haji (TH) terus mencatat peningkatan apabila sebanyak 133 tan penghantaran direkodkan dalam tempoh 22 hari operasi setakat ini.
AM
Haji: Patung Unta Jadi "Penumpang Terawal" Pulang Ke Malaysia