DUNIA

Rusia Kekal Pembekal Tenaga Boleh Dipercayai Kepada Asia Tenggara – Lavrov

03/06/2026 09:52 AM

MOSCOW, 3 Jun (Bernama-Sputnik/RIA Novosti) -- Rusia sentiasa dan akan terus menjadi pembekal bekalan tenaga serta makanan yang boleh dipercayai kepada semua negara Asia Tenggara, kata Menteri Luar Rusia Sergey Lavrov pada Selasa, lapor Sputnik/RIA Novosti.

"Mengambil kesempatan ini, saya ingin menegaskan semula: Rusia telah dan tetap menjadi pembekal tenaga dan makanan yang boleh dipercayai kepada semua negara Asia Tenggara," kata Lavrov dalam satu perutusan video sempena ulang tahun ke-50  hubungan diplomatik antara Rusia dan Filipina.

Hubungan diplomatik dengan Filipina bermula pada 2 Jun 1976, manakala pertukaran kedutaan antara kedua-dua negara pula berlangsung pada 1977.

--BERNAMA-SPUTNIK/RIA NOVOSTI

© 2026 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://bernama.com/bm/news.php?id=2564036