AM

Fahmi Ucap Takziah Kepada Keluarga Bekas Ketua Cawangan MyGCCC

26/06/2026 11:42 AM

KUALA LUMPUR, 26 Jun (Bernama) -- Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil merakamkan ucapan takziah kepada keluarga bekas Ketua Cawangan Pusat Panggilan Kerajaan Malaysia (MyGCC) Yazman Yahya yang meninggal dunia pagi tadi.

Menerusi hantaran di laman Facebook hari ini, Fahmi menyifatkan Allahyarham sebagai seorang yang berdedikasi serta menjalankan tugas dengan baik.

"Inna lillahi wa inna ilaihi raji’un. Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham serta mengampuni segala dosanya.

"Semoga seluruh ahli keluarga bertabah dan bersabar dalam menghadapi dugaan besar ini. Al-Fatihah," katanya menerusi hantaran tersebut.

MyGCC yang berfungsi di bawah Kementerian Komunikasi merupakan pusat panggilan setempat dan hub komunikasi rasmi kerajaan Malaysia.

-- BERNAMA

© 2026 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://bernama.com/bm/news.php?id=2573229