AM

Malaysia, Indonesia Komited Perkukuh Kerjasama Bidang Perundangan, Tadbir Urus

29/06/2026 06:43 PM

KUALA LUMPUR, 29 Jun (Bernama) -- Malaysia dan Indonesia komited memperkukuh kerjasama dalam bidang perudangan, tadbir urus serta pelbagai bidang strategik yang menjadi kepentingan bersama, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata perkara itu dibincangkan ketika menerima kunjungan hormat Menteri Koordinator Bidang Hukum, Hak Asasi Manusia, Imigrasi dan Pemasyarakatan Republik Indonesia Prof Dr Yusril Ihza Mahendra hari ini, di Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya. 

Dalam pertemuan itu, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata kedua-dua pemimpin turut bertukar-tukar pandangan mengenai usaha memperkukuh kerjasama dalam bidang berkenaan.

“Semoga hubungan persaudaraan dan kerjasama erat antara kedua-dua negara terus diperkukuh demi kemajuan, keamanan dan kesejahteraan rakyat Malaysia dan Indonesia,” kata beliau.

-- BERNAMA

© 2026 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://bernama.com/bm/news.php?id=2574575