AM

PPS DITUTUP, BANJIR DI PERAK PULIH

24/09/2024 05:46 PM

IPOH, 24 Sept (Bernama) -- Situasi banjir di negeri ini pulih sepenuhnya dengan penutupan pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Changkat Lobak pada 2 petang tadi.

Pegawai Daerah Kerian Saidi Shaari yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JBPD) Kerian dalam kenyataan berkata keputusan itu hasil pemantauan bersama pelbagai agensi yang mendapati keadaan lokasi terlibat sudah selamat dan semua mangsa banjir telah pulang ke rumah masing-masing.

PPS SK Changkat Lobak merupakan satu-satunya PPS dibuka di negeri ini sejak Jumaat lepas berikutan limpahan air Sungai Kerian yang mengakibatkan kawasan Kampung Matang Tengah dinaiki air, melibatkan keseluruhan 29 orang daripada tujuh keluarga.

-- BERNAMA

 

 

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan