KUALA LUMPUR, 5 Dis (Bernama) -- Anak muda dari Borneo membawa ‘Kenyalang Circus’ ke pentas pameran karya tekstil berwarna-warni dan fluorescent dengan mengetengahkan bahan daripada plastik polyester.
Hasil karya seorang Cina-Malaysia dari Borneo yang tinggal dalam kalangan orang Eropah di Belanda, Marcos Kueh, 29, diinspirasikan oleh imej-imej Malaysia dan Borneo, yang digabungkan dengan imej-imej iklan jalanan, logo jenama multinasional dan benang fluorescent.
“Membesar, melihat pada plastik, juga membaca laporan bagaimana plastik sentiasa berakhir di Malaysia, adalah sebenarnya bagaimana anda melihat pada kesemua bahan ini dan memikirkan bagaimana menjadikannya cantik. Mereka kumpulkan plastik dan pindahkan kemungkinan dalam Eropah, dan kemudian mereka kitar semua menjadi yarn… di sekitar Eropah juga kelestarian satu topik yang besar, jadi kita cuba sasarkan untuk kitar semula sepenuhnya.
“Saya telah mulakan projek ini sejak 2016. Cuba bila saya ke Eropah, projek ini berkembang menjadi sesuatu yang lebih besar. Sebelum ini saya belajar reka bentuk grafik, tetapi ia hanya kolaj. Tetapi kemudian ketika saya di Belanda, saya belajar bagaimana untuk menyulam, dan kemudian ia menjadi hasil tekstil dan projek tekstil.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Media Preview Pameran Hanya Satu “Single” – Kenyalang Circus di Balai Seni Negara di sini.
Beliau berkata banyak projek yang beliau lakukan adalah berkaitan dengan pemikiran pascakolonial.
“Dan saya fikir sebelum adanya kertas dan pen, masyarakat di Sarawak sebelum ini menggarap cerita mereka dalam tekstil. Jadi saya rasakan ia satu idea romantik untuk boleh menjadi cerita masa kini dalam dunia modern dan tenunnya ke dalam kerja-kerja tekstil untuk generasi masa hadapan,” katanya.
Orang ramai berpeluang merasai pengalaman dan meneroka pameran ke sembilan Hanya Satu Single dengan karya Kenyalang Circus di Balai Seni Negara bermula 1 Dis 2024 hingga 31 Mac 2025.
Untuk maklumat lanjut, ikuti media sosial rasmi Balai Seni Negara atau layari sesawang di www.artgallery.gov.my.
-- BERNAMA