DUNIA

NIAGA HADAPAN FBM KLCI RENDAH DALAM DAGANGAN AWAL

27/02/2025 10:27 AM

KUALA LUMPUR, 27 Feb (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives rendah dalam dagangan awal Khamis.

Pada 9.18 pagi ini, kontrak Februari 2025 turun 4.0 mata kepada 1,585.5 manakala Mac 2025, Jun 2025 and September 2025 susut 3.5 mata masing-masing kepada 1,564.5, 1,567.5 dan 1,555.0.

Jumlah dagangan sebanyak 3,714 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 57,140 kontrak.

Indeks petunjuk utama FBM KLCI susut 1.01 mata kepada 1,587.70 selepas 40 minit dagangan dijalankan.

-- BERNAMA

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan