KUALA LUMPUR, 20 Julai (Bernama) -- Satu gempa bumi sederhana berukuran 5.5 pada skala Richter melanda rantau Kepulauan Filipina pada 1.45 tengah hari tadi.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan gempa dengan kedalaman 10 kilometer (km) itu berlaku pada jarak 190km utara dari Laoag City, Filipina.
Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.
-- BERNAMA