BERITA COVID–19   Kes COVID-19 meningkat, Beijing perketat kawalan | COVID-19: Kes baharu mingguan meningkat 57.3 peratus - KP Kesihatan | Chow disahkan positif COVID-19 | Penyelidik Taiwan temui kaedah rawat pembekuan darah pesakit COVID-19 | Pemilik premis dibenar tentukan pemakaian pelitup muka | 
META@BERNAMA

"One Night Only", Kunto Aji bakal beraksi di DFP

06/08/2022 01:11 PM

KUALA LUMPUR, 6 Ogos (Bernama) -- Seakan membalas dendam setelah lebih dua tahun tanpa persembahan langsung akibat dibadai COVID-19, kalendar hiburan negara bagi separuh kedua 2022 kembali meriah dengan persembahan langsung bukan sahaja artis tanahair, malah dari seberang.

Selepas Fourtwnty dan Dewa 19, giliran Kunto Aji pula mencipta rekod penjualan tiket yang habis dijual dalam masa kurang 30 minit selepas dilancarkan baru-baru ini.  

Kali pertama beraksi di Malaysia, persembahan pemuzik, penulis kreatif dan pelakon yang berasal dari Yogyakarta, Indonesia ini sememangnya dinanti-nantikan. 

Namun tidak seperti rakan senegara Fourtwnty dan Dewa 19 yang menambah tarikh konsert, persembahan Kunto Aji di Dewan Filharmonik Petronas (DFP) kekal cuma satu malam sahaja.

Perkara ini disahkan Kunto Aji dalam hantaran di Twitter, “Halo teman-teman Malaysia, maaf sekali, belum bisa bikin second show untuk August nanti. Berharap sekali kita bertemu lain waktu, saya akan kembali dengan konsep yang berbeda, tempat yang berbeda dan lagu baru. Bismillah. See you 19 August.”

Sementara itu penganjur konsert, Shirazadeen Karim dari Shiraz Projects Sdn Bhd berkata pihaknya bangga mempersembahkan Kunto Aji yang dirasakan sangat sesuai dengan selera dan kehendak para penonton kini. 

“Muzik Kunto Aji yang berkualiti dan melodinya yang cukup kuat dirasakan sesuai berkumandang di sebuah tempat berprestij seperti Dewan Filharmonik Kuala Lumpur, “ujar Shirazdeen yang juga Ketua Pegawai Eskekutif Shiraz Projects.

Kunto Aji yang pernah muncul dengan album Generation Y (2015) dan Mantra Mantra (2018) akan membawakan lagu-lagu hitsnya termasuk lagu “Pilu Membiru” yang terkenal sebagai lagu “anthem” menghadapai kehilangan dan kesedihan atau “stage of grief” seperti yang tertulis dalam ilmu psikologi. 

Beliau yang pernah memenangi anugerah Breakthrough Artist of the Year di Indonesian Choice Awards 2015 dan Anugerah Album Terbaik-Terbaik serta Artis Solo Pria/Wanita Alternatif Terbaik di Anugerah Musik Indonesia 2019 akan tampil bersama pemuzik yang diterbangkan khas dari Indonesia.

Konsert Kunto Aji bakal berlangsung 19 Ogos depan.

-- BERNAMA

© 2022 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan