<
strong>Oleh Melati Mohd Ariff
Berikut adalah Rangkuman Mingguan Bernama mengenai COVID-19 dan perkara yang berkaitan di Malaysia serta di peringkat dunia dari 3 Sept hingga pukul 12:00 tgh 9 Sept 2022.
Kes kumulatif COVID-19 di Malaysia melepasi 4.79 juta kes. Di peringkat global, lebih 612 juta kes dilaporkan dengan kes kematian sekitar 6.51 juta kes. Lebih 590 juta pesakit COVID-19 dilaporkan sembuh.
Pandemik COVID-19 yang masuk tahun ketiga sudah merebak ke 228 buah negara dan wilayah.
KUALA LUMPUR (Bernama) -- Angka kes harian baharu COVID-19 dalam negara terus berkurangan dengan hanya 12,355 kes dilaporkan untuk Rangkuman Mingguan Bernama (3 Sept-8 Sept) berbanding 13,468 untuk tempoh yang sama (27 Ogos-1 Sept).
Jika bulan Ogos mencatat kes harian baharu terendah (29 Ogos - 1,946 kes), untuk bulan September setakat ini, kes terendah dilaporkan pada 5 haribulan sebanyak 1,486 kes.
Semalam (8 Sept), sebanyak 2,226 kes harian baharu COVID-19 dilaporkan termasuk dua (2) kes import.
Kementerian Kesihatan (KKM) menetapkan pemakaian pelitup muka di dalam bangunan kini adalah atas pilihan individu berkuat kuasa serta-merta. --fotoBERNAMA (2022) HAK CIPTA TERPELIHARA
Menurut data COVIDNOW Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sehingga pukul 11:59mlm 8 Sept 2022, tujuh (7) negeri mencatat kes tiga angka iaitu WP Kuala Lumpur (548), Selangor (448), Perak (204), Sabah (190), Negeri Sembilan (159), Sarawak (114) dan Melaka (112).
Kes dua angkadiaporkan di Pulau Pinang (85), Kedah (76), Johor (75), Kelantan (64), Pahang (57), WP Putrajaya (42), Terengganu (33) dan WP Labuan (12). Perlis mencatat kes satu angka (7).
Berikut kes harian baharu COVID-19 sepanjang tempoh Rangkuman Mingguan Bernama 3 Sept hingga 8 Sept 2022:-
3 Sept (2,244), 4 Sept (1,904), 5 Sept (1,486), 6 Sept (2,067), 7 Sept (2,428) dan 8 Sept (2,226).
Minggu sebelumnya (27 Ogos-2 Sept), kes harian baharu COVID-19 adalah seperti berikut:-
27 Ogos (2,491), 28 Ogos (2,191), 29 Ogos (1,946), 30 Ogos (2,144), 31 Ogos (2,340), 1 Sept (2,356) dan 2 Sept (2,328).
Negara jiran Singapura turut melaporkan kes harian COVID-19 yang rendah, seperti berikut:-
3 Sept (1,549), 4 Sept (1,309), 5 Sept (1,176), 6 Sept (2,745), 7 Sept (2,271) dan 8 Sept (2,169).
Orang awam masih memakai pelitup muka ketika berada di ruang terbuka atau di ruangan awam walaupun pemakaiannya tidak lagi diwajibkan. --fotoBERNAMA (2022) HAK CIPTA TERPELIHARA
Berkuatkuasa serta merta, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin pada Rabu lepas (7 September) mengumumkan orang ramai tidak lagi diwajibkan memakai pelitup muka di tempat tertutup kecuali di dalam pengangkutan awam dan fasiliti kesihatan.
Pemakaian pelitup muka di tempat tertutup kini adalah atas pilihan sendiri, namun pemilik premis boleh menentukan sama ada pengunjung memakai pelitup muka atau tidak.
Untuk tempoh Rangkuman ini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan empat (4) kluster baharu iaitu pada 5 September- Kluster Taman Bunga Raya (kumpulan berisiko tinggi) di Seremban, Negeri Sembilan dengan 13 kes; 7 September - Kluster Jalan Kemas Seri Iskandar (pendidikan) di Perak Tengah, Perak dengan 16 kes.
Terdapat dua kluster pada 8 September - Kluster Jalan Bunga Tanjung (kumpulan berisiko tinggi) di Titiwangsa, WP Kuala Lumpur dengan 9 kes dan Kluster Jalan Dato Tabal (pendidikan) di Hulu Selangor, Selangor dengan 3 kes.
Secara keseluruhannya, sebanyak 7,072 kluster dikesan sejak pandemik COVID-19 melanda negara ini lebih dua tahun lalu dan setakat 8 Sept sebanyak 23 kluster masih aktif.
Sebanyak 1,894 kes sembuh COVID-19 dilaporkan dan kumulatif kes sembuh kini sebanyak 4,735,993 kes.
Data COVIDNOW KKM setakat pukul 11:59mlm 8 Sept 2022 menunjukkan 26,045 kes (95.1 peratus) dikuarantin di rumah daripada 27,400 kes aktif.
Sebanyak 14 kes (0.1 peratus) lagi di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC); 1,277 kes (4.7 peratus) di hospital; 26 kes(0.1 peratus) di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa memerlukan Alat Bantuan Pernafasan (ABP) sementara 38 kes (0.1 peratus) di ICU memerlukan ABP.
Kanak-kanak Orang Asli girang bermandikan air pancuran yang dilakukan oleh anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat sebelum berkhatan di Pusat Dakwah Islamiah Paroi, Seremban. --fotoBERNAMA (2022) HAK CIPTA TERPELIHARA
Untuk rekod, terdapat lima tahap jangkitan COVID-19, iaitu
Tahap 1 - Tidak menunjukkan sebarang gejala
Tahap 2 - Bergejala ringan, tiada radang paru-paru
Tahap 3 - Bergejala, mengalami radang paru-paru
Tahap 4 - Bergejala, mengalani radang paru-paru yang memerlukan bantuan oksigen
Tahap 5 - Bergejala kritikal, memerlukan rawatan intensif di Unit Rawatan Rapi (ICU).
Dengan sebanyak 4,799,663 kes kumulatif, Malaysia kini di tangga 27 daripada 228 buah negara/wilayah yang dilanda pandemik COVID-19. Di hadapan Malaysia ialah Greece (4,804,982) dan Austria (4,940,768).
Dalam kalangan 228 buah negara, mengikut data terkini Worldometer, Jepun masih mencatat kes harian baharu tertinggi (126,487) diikuti Korea Selatan (72,599) dan Rusia (50,618).
Amerika Syarikat mencatat angka kematian akibat COVID-19 tertinggi dengan 1,074,777 kes.
SENARIO COVID-19 DI MALAYSIA
Orang ramai tidak melepaskan peluang mengunjungi Lata Ulu Kasar, Setiu untuk beriadah seperti mandi-manda bersama keluarga sempena cuti sekolah. --fotoBERNAMA (2022) HAK CIPTA TERPELIHARA
Kes sembuh:-
3 Sept (3,202), 4 Sept (3,138), 5 Sept (2,897), 6 Sept (2,279), 7 Sept (2,673) dan 8 Sept (1,894).
*kes kumulatif sembuh sehingga 8 Sept 2022 sebanyak 4,735,993.
Kes aktif dengan kebolehjangkitan:-
3 Sept (30,197), 4 Sept (28,961), 5 Sept (27,546), 6 Sept (27,328), 7 Sept (27,076) dan
8 Sept (27,400)
Perincian kes harian baharu (2,226 kes):-
*mengikut negeri, setakat pukul 11:59mlm 8 Sept 2022
*(+kes import)
Status Terkini COVID-19 Malaysia. Kes Baharu mengikut Negeri. Sumber: KKM
Tiga angka - WP Kuala Lumpur 548 (+0), Selangor 448 (+0), Perak 203 (+1), Sabah 190 (+0), Negeri Sembilan 158 (+1), Sarawak 114 (+0) dan Melaka 112 (+0).
Dua angka - Pulau Pinang 85 (+0), Kedah 76 (+0), Johor 75 (+0), Kelantan 64 (+0), Pahang 57 (+0), WP Putrajaya 42 (+0), Terengganu 33 (+0) dan WP Labuan 12 (+0).
Satu angka - Perlis 7 (+0).
Rekod kes baharu, kes kumulatif dan kes import:-
3 Sept - Kes baharu 2,244; Kes kumulatif 4,789,552; Kes import 4
4 Sept - Kes baharu 1,904; Kes kumulatif 4,791,456; Kes import 1
5 Sept - Kes baharu 1,486; Kes kumulatif 4,792,942; Kes import 2
6 Sept - Kes baharu 2,067; Kes kumulatif 4,795,009; Kes import 4
7 Sept - Kes baharu 2,428; Kes kumulatif 4,797,437; Kes import 2
8 Sept - Kes baharu 2,226; Kes kumulatif 4,799,663; Kes import 2
Perincian kluster baharu seperti berikut:-
3 Sept - tiada kluster
4 Sept - tiada kluster
5 Sept - 1 (kumpulan berisiko tinggi 1)
• Kluster Taman Bunga Raya (Seremban, Negeri Sembilan) - 13 kes
6 Sept - tiada kluster
7 Sept - 1 (pendidikan 1)
• Kluster Jalan Kemas Seri Iskandar (Perak Tengah, Perak)) - 16 kes
8 Sept - 2 (kumpulan berisiko tinggi 1 dan pendidikan 1)
• Kluster Jalan Bunga Tanjung (kumpulan berisiko tinggi), Titiwangsa, WP Kuala Lumpur - 9 kes
• Kluster Jalan Dato Tabal (pendidikan), Hulu Selangor, Selangor dengan 3 kes.
Secara keseluruhannya, KKM mengesan sebanyak 7,072 kluster sejak pandemik COVID-19 melanda negara ini lebih dua tahun lalu. Setakat semalam (8 Sept), 23 kluster yang masih aktif.
Rekod kes kematian:-
*BID = kes kematian di luar fasiliti kesihatan (iaitu hospital) dan dibawa ke Jabatan Forensik hospital; disahkan positif COVID-19 selepas ujian makmal RT PCR dijalankan.
3 Sept - 9 (BID 1), 4 Sept - 2 (BID 0), 5 Sept - 4 (BID 1), 6 Sept - 6 (BID 1), 7 Sept - 7 (BID 2) dan 8 Sept - 8 (BID1).
*Jumlah kes kematian sehingga 8 Sept sebanyak 36,270 kes.
STATISTIK GLOBAL COVID-19
Statistik Terkini COVID-19 di Seluruh Dunia dan Ringkasan Kes COVID-19 di Malaysia. worldometers.info/coronavirus
Jumlah kes COVID-19 global terkini (worldometer) adalah sebanyak 612,521,932 berbanding 609,431,363 kes pada minggu lepas dengan 6,512,279 kematian (jumlah kematian minggu lalu sebanyak 6,501,243 kes). Sebanyak 590,347,571 kes sembuh dilaporkan berbanding 585,685,001 kes sembuh pada minggu lepas.
Sebanyak 228 negara/wilayah dilanda pandemik COVID-19 dan 10 buah negara teratas dalam kedudukan senarai ini adalah Amerika Syarikat, India, Perancis, Brazil, Jerman, United Kingdom, Itali, Korea Selatan, Rusia dan Turkiye.
Pecahan kes COVID-19 untuk 10 negara teratas dan (+rekod kes harian baharu) adalah seperti berikut:-
Amerika Syarikat 96,956,153 (+44,592)
India 44,482,411 (+3,775)
Perancis 34,663,106 (+19,866)
Brazil 34,549,915 (+4,099)
Jerman 32,386,089 (+tiada maklumat)
Korea Selatan 23,864,560 (+72,599)
United Kingdom 23,521,792 (+tiada maklumat)
Itali 22,004,612 (+17,317)
Rusia 19,908,189 (+50,618)
Japan 19,761,733 (+126,487)
Berikut adalah negara di Asia Tenggara, di samping Malaysia, dengan pecahan kes kumulatif COVID-19 dan (+kes harian baharu):-
Vietnam di tangga 13 - 11,431,823 (+3,191)
Indonesia di tangga 19 - 6,385,140 (+3,138)
Malaysia di tangga 27 - 4,799,663 (+2,226)
Thailand di tangga 29 - 4,664,156 (+1,587)
Filipina di tangga 38 - 3,898,882 (+2,404)
Singapura di tangga 46- 1,854,455 (+2,169)
Myanmar di tangga 84 - 616,210 (+187)
Brunei di tangga 111 - 223,059 (+tiada maklumat)
Laos di tangga 113 - 214,741 (+92)
Kampuchea di tangga 125 - 137,689 (+2)
-------------------------------------------------------------------------
LATAR BELAKANG COVID-19
-- Penularan wabak COVID-19 yang pada awalnya dipanggil virus Wuhan berlaku ketika masyarakat Cina di seluruh dunia termasuk di China membuat persiapan untuk menyambut perayaan Tahun Baru Cina.
-- Virus dikesan di Wuhan, ibu negeri wilayah Hubei, China pada 31 Dis 2019 selepas WHO dimaklumkan terdapat beberapa kes radang paru-paru di bandar tersebut.
-- WHO memberi nama rasmi virus "2019-nCoV" iaitu COVID-19, singkatan untuk Corona Virus Disease 19. Virus ini dilaporkan mempunyai komponen genetik yang paling serupa yang terdapat pada ular dan kelawar.
-- Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 11 Mac 2020 akhirnya melabelkan wabak penyakit COVID-19 sebagai pandemik.
-- WHO menyifatkan wabak penyakit COVID-19 sebagai 10 kali ganda lebih berbahaya daripada Influenza A H1N1atau lebih dikenali sebagai Selesema Babi (Swine Flu).
-- Kes pertama 2019-nCoV di Malaysia disahkan pada 25 Jan membabitkan tiga (3) warga China yang masuk ke Malaysia melalui Johor dari Singapura pada 23 Jan.
-- Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menetapkan empat VOC sebagai kebimbangan global iaitu United Kingdom (B.117), Afrika Selatan (B.1.351), Brazil (P.1) dan India (B.1.617).
-- WHO berikutnya mengumumkan varian COVID-19 akan dikenali menggunakan huruf Greek bagi mengelakkan mana-mana negara dikaitkan dengan stigma pandemik itu.
-- Variant of Concern (VOC) seperti berikut:- *varian Beta (B.1.351); *varian Alpha (B.1.1.7); dan *varian Delta (B.1.617.2), pertama kali dikesan di India pada penghujung tahun 2020.
-- Variant of Interest (VOI) seperti berikut:- *varian Theta (P.3); *varian Eta (B.1.525); dan *varian Kappa (B.1.617.1)
-- WHO mengumumkan kes VOC B.1.1.529 yang kemudiannya dinamakan Omicron pada 26 Nov 2021. Varian Omicron pertama kali dikesan di Wilayah Gauteng, Afrika Selatan.
-- Saintis di Institute IHU Mediterranee Infection, Perancis, mengenalpasti varian baharu pada penghujung November 2021, secara saintifik dikenali sebagai B.1.640.2 dengan mempunyai 46 mutasi dan menggelarkannya, IHU.
-- Israel mengesahkan kes pertama individu dijangkiti ‘Flurona’ iaitu kes Influenza dan COVID-19 secara serentak (2 Jan 2022).
-- 1 April 2022 - Malaysia masuk ke fasa peralihan ke endemik sebagai “exit strategy” untuk membolehkan rakyat negara ini kembali semula kepada kehidupan yang hampir normal selepas dua tahun berperang dengan COVID-19.
-- 1 Mei 2022 - beberapa kelongaran protokol Prosedur Operasi Standard (SOP) termasuk pemakaian pelitup muka, penjarakan fizikal dan daftar masuk serta status vaksinasi MySejahtera.
-- Malaysia kini berada dalam fasa peralihan ke endemik bermula 1 April 2022 sebagai “exit strategy” untuk membolehkan rakyat negara ini kembali semula kepada kehidupan yang hampir normal selepas dua tahun berperang dengan COVID-19.
BERNAMA