COVID-19: Kes Tiga Angka Sepanjang Enam Hari Lepas; Jumlah Kes Aktif 14,590 Kes

<
span style="font-size:14px">Oleh Melati Mohd Ariff

Berikut adalah Rangkuman Mingguan Bernama mengenai COVID-19 dan perkara yang berkaitan di Malaysia serta di peringkat dunia dari 17 Dis hingga pukul 12:00tgh 23 Dis 2022.

Kes kumulatif COVID-19 di Malaysia melepasi 5.02 juta kes. Di peringkat global, lebih 660 juta kes dilaporkan dengan kes kematian sekitar 6.68 juta kes. Jumah pesakit COVID-19 yang sembuh dilaporkan lebih 633 juta.

Pandemik COVID-19 yang masuk tahun ketiga sudah merebak ke 228 buah negara dan wilayah.

KUALA LUMPUR (Bernama) -- Kes harian baharu COVID-19 tiga angka terus dilaporkan sepanjang enam hari (17-22 Dis 2022) dengan jumlah kes susut kira-kira 18 peratus kepada 5,219 kes berbanding 6,433 untuk tempoh yang sama minggu lepas.

Hanya tiga (3) kes kematian dan satu (1) kes import dilaporkan daripada 858 kes harian baharu semalam (22 Disember).

Jumlah kumulatif kes COVID-19 negara menurut data KKMNOW Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) setakat pukul 11:59mlm 22 Dis 2022 adalah sebanyak 5,021,242 kes. Kes aktif menurun kepada 14,590 dan 93.8 peratus (13,685 kes) daripada jumlah itu menjalani kuarantin di rumah.

Pengunjung sebuah pusat beli-belah hari ini tidak melepaskan peluang merakamkan gambar berlatarkan dekorasi sambutan Hari Natal yang bakal disambut oleh penganut Kristian pada 25 Disember. --fotoBERNAMA (2022) HAK CIPTA TERPELIHARA

Untuk pecahan kes mengikut negeri, daripada 858 kes, Selangor mencatat 348 kes, diikuti WP Kuala Lumpur 107 kes.

Dua belas buah negeri melaporkan kes dua angka iaitu Melaka (69), Sarawak (58), Kedah (55), Pulau Pinang (47), Negeri Sembilan (35), Perak (32), Kelantan (26), Sabah (22), Johor (15), Terengganu (15), WP Putrajaya (13) dan Pahang (11).

Kes satu angka dilaporkan di Perlis (4) dan WP Labuan (1).

 

Berikut kes harian baharu COVID-19 sepanjang tempoh Rangkuman Mingguan Bernama 17 Dis hingga 22 Dis 2022:-

17 Dis (993), 18 Dis (847), 19 Dis (721),20 Dis (816), 21 Dis(984) dan 22 Dis (858).

Kes baharu COVID-19 sepanjang tempoh Rangkuman Mingguan Bernama 10 Dis hingga 16 Dis 2022:-

10 Dis (1,315), 11 Dis (867), 12 Dis (809), 13 Dis (1,040), 14 Dis (1,241), 15 Dis (1,161) dan 16 Dis (1,138).

Kes harian COVID-19 di negara jiran Singapura untuk tempoh 17 Dis hingga 22 Dis 2022, seperti berikut:-

17 Dis (1,052), 18 Dis (838), 19 Dis (708), 20 Dis (1,540), 21 Dis (1,093) dan 22 Dis (1,200).

 

Para penyokong bola sepak tidak melepaskan peluang menyaksikan perlawanan akhir Piala Dunia Qatar 2022 antara pasukan Argentina menentang Perancis menerusi skrin layar gergasi di E&Y Sahul, Johor Bahru. --fotoBERNAMA (2022) HAK CIPTA TERPELIHARA

Dengan sebanyak 5,021,242 kumulatif kes COVID-19, Malaysia kini menduduki tangga 27 daripada 228 buah negara/wilayah yang dilanda pandemik COVID-19. Di hadapan Malaysia ialah Ukraine (5,350,380) dan Greece (5,548,058).

Dalam kalangan 228 buah negara, mengikut data terkini Worldometer, Jepun mencatat kes harian baharu tertinggi (184,375) diikuti oleh Korea Selatan (75,744) dan Perancis (49,517).

Amerika Syarikat mencatat angka kematian akibat COVID-19 tertinggi dengan 1,115,748 kes.

 

SENARIO COVID-19 DI MALAYSIA

Anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Pasukan Gerakan Am (PGA) mengaminkan doa sebelum melakukan operasi 'Sweeping' (pencarian) di sekitar sungai Kedondong dalam usaha mencari dan menyelamat mangsa tanah runtuh di Father's Organic Farm, Batang Kali. --fotoBERNAMA (2022) HAK CIPTA TERPELIHARA

Data KKMNOW setakat pukul 11:59mlm 22 Dis 2022 menunjukkan 13,685 kes (93.8 peratus) daripada 14,590 kes aktifCOVID-19 dikuarantin di rumah.

Sifar (0) di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC); 859 kes (5.9 peratus) di hospital; 23 kes (0.2 peratus) di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa memerlukan Alat Bantuan Pernafasan (ABP) sementara 23 kes (0.2 peratus) di ICU memerlukan ABP.

Untuk rekod, terdapat lima tahap jangkitan COVID-19, iaitu

Tahap 1 - Tidak menunjukkan sebarang gejala

Tahap 2 - Bergejala ringan, tiada radang paru-paru

Tahap 3 - Bergejala, mengalami radang paru-paru

Tahap 4 - Bergejala, mengalani radang paru-paru yang memerlukan bantuan oksigen

Tahap 5 - Bergejala kritikal, memerlukan rawatan intensif di Unit Rawatan Rapi (ICU)

 

Kes sembuh:-

Keadaan sesak di pusat pelancongan di Lebuh Armeniam dengan kehadiran para pelancong membanjiri tempat-tempat pelancongan di George Town. --fotoBERNAMA (2022) HAK CIPTA TERPELIHARA

17 Dis (1,460), 18 Dis (1,154), 19 Dis(914), 20 Dis (940), 21 Dis (1,534) dan 22 Dis (1,119).

*kes kumulatif sembuh setakat pukul 11:59mlm 22 Dis 2022 sebanyak 4,969,828

 

Kes aktif dengan kebolehjangkitan:-

17 Dis (16,049), 18 Dis (15,736), 19 Dis (15,541), 20 Dis (15,411), 21 Dis (14,854) dan 22 Dis (14,590).

 

Perincian kes harian baharu (858 kes) :-

*mengikut negeri, setakat pukul 11:59mlm 22 Dis 2022

*(+kes import)

Status Terkini COVID-19 Malaysia. Kes Baharu mengikut Negeri. Sumber: KKM

Kes tiga angka - Selangor 348 (+0) dan WP Kuala Lumpur 107 (+0).

Kes dua angka - Melaka 68 (+1), Sarawak 58 (+0), Kedah 55 (+0), Pulau Pinang 47 (+0), Negeri Sembilan 35 (+0), Perak 32 (+0), Kelantan 26 (+0), Sabah 22 (+0), Johor 15 (+0), Terengganu 15 (+0), WP Putrajaya 13 (+0) dan Pahang 11 (+0).

Kes satu angka - Perlis 4 (+0) dan WP Labuan 1 (+0).

 

Rekod kes baharu, kes kumulatif dan kes import:-

17 Dis - Kes baharu 993; Kumulatif kes 5,017,016; Kes import 2

18 Dis - Kes baharu 847; Kumulatif kes 5,017,863; Kes import 2

19 Dis - Kes baharu 721; Kumulatif kes 5,018,584; Kes import 3

20 Dis - Kes baharu 816; Kumulatif kes 5,019,400; Kes import 1

21 Dis - Kes baharu 984; Kumulatif kes 5,020,384; Kes import 2

22 Dis - Kes baharu 858; Kumulatif kes 5,021,242; Kes import 1

 

Rekod kes kematian:-

*BID = kes kematian di luar fasiliti kesihatan (iaitu hospital) dan dibawa ke Jabatan Forensik

hospital; disahkan positif COVID-19 selepas ujian makmal RT PCR dijalankan.

17 Dis - 5 (BID 3), 18 Dis - 6 (BID 0), 19 Dis - 2 (BID 0), 20 Dis - 6 (BID 1), 21 Dis - 7 (BID 1), dan 22 Dis - 3 (BID 0).

*Jumlah kes kematian setakat pukul 11:59mlm 22 Dis 2022 sebanyak 36,824.

 

STATISTIK GLOBAL COVID-19

Statistik Terkini COVID-19 di Seluruh Dunia dan Ringkasan Kes COVID-19 di Malaysia. worldometers.info/coronavirus

Jumlah kes COVID-19 global terkini (worldometer) adalah sebanyak 660,249,602 kes berbanding 657,025,803 kes minggu lalu dengan 6,680,683 kes kematian (jumlah kes kematian minggu lalu sebanyak 6,669,804 kes).

Sebanyak 633,319,207 kes sembuh dilaporkan berbanding 631,071,466 kes sembuh minggu sebelumnya.

Sebanyak 228 negara/wilayah dilanda pandemik COVID-19 dan 10 buah negara teratas dalam kedudukan senarai ini adalah Amerika Syarikat, India, Perancis, Jerman, Brazil, Korea Selatan, Jepun, Itali, United Kingdom dan Rusia.

Pecahan kes COVID-19 untuk 10 negara teratas dan (+rekod kes harian baharu) adalah seperti berikut:-

*Tiada maklumat (NA).

Amerika Syarikat 102,173,897 (+43,263)

India 44,677,820 (+226)

Perancis 39,075,247 (+49,517)

Jerman 37,136,414 ( NA)

Brazil 36,080,427 (+43,392)

Korea Selatan 28,466,390 (+75,744)

Jepun 27,765,782 (+184,375)

Itali 24,884,034 (NA)

United Kingdom 24,089,042 (NA)

Rusia 21,743,302 (+7,451)

 

Berikut adalah negara di Asia Tenggara, di samping Malaysia, dengan pecahan kes kumulatif COVID-

19 dan (+kes harian baharu):-*Tiada maklumat (NA).

Vietnam di tangga 13 - 11,523,780 (+213)

Indonesia di tangga 20 - 6,713,879 (+1,053)

Malaysia di tangga 27 - 5,021,242 (+858)

Thailand di tangga 31 - 4,718,908 (NA)

Filipina di tangga 37 - 4,059,369 (+1,031)

Singapura di tangga 45 - 2,193,890 (+1,200)

Myanmar di tangga 83 - 633,590 (+5)

Brunei di tangga 110 - 261,440 (NA)

Laos di tangga 113 - 217,586 (+60)

Kampuchea di tangga 125 - 138,467 (+10)

 

-------------------------------------------------------------------------

LATAR BELAKANG COVID-19

-- Penularan wabak COVID-19 yang pada awalnya dipanggil virus Wuhan berlaku ketika masyarakat Cina di seluruh dunia termasuk di China membuat persiapan untuk menyambut perayaan Tahun Baru Cina. - Virus dikesan di Wuhan, ibu negeri wilayah Hubei, China pada 31 Dis 2019 selepas WHO dimaklumkan terdapat beberapa kes radang paru-paru di bandar tersebut.

-- WHO memberi nama rasmi virus "2019-nCoV" iaitu COVID-19, singkatan untuk Corona Virus Disease 19. Virus ini dilaporkan mempunyai komponen genetik yang paling serupa yang terdapat pada ular dan kelawar. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 11 Mac 2020 akhirnya melabelkan wabak penyakit COVID-19 sebagai pandemik.

-- WHO menyifatkan wabak penyakit COVID-19 sebagai 10 kali ganda lebih berbahaya daripada Influenza A H1N1atau lebih dikenali sebagai Selesema Babi (Swine Flu).

-- Kes pertama 2019-nCoV di Malaysia disahkan pada 25 Jan membabitkan tiga (3) warga China yang masuk ke Malaysia melalui Johor dari Singapura pada 23 Jan.

-- Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menetapkan empat VOC sebagai kebimbangan global iaitu United Kingdom (B.117), Afrika Selatan (B.1.351), Brazil (P.1) dan India (B.1.617).

-- WHO berikutnya mengumumkan varian COVID-19 akan dikenali menggunakan huruf Greek bagi mengelakkan mana-mana negara dikaitkan dengan stigma pandemik itu.

-- Variant of Concern (VOC) seperti berikut:- *varian Beta (B.1.351); *varian Alpha (B.1.1.7); dan *varian Delta (B.1.617.2), pertama kali dikesan di India pada penghujung tahun 2020.

-- Variant of Interest (VOI) seperti berikut:- *varian Theta (P.3); *varian Eta (B.1.525); dan *varian Kappa (B.1.617.1)

-- WHO mengumumkan kes VOC B.1.1.529 yang kemudiannya dinamakan Omicron pada 26 Nov 2021. Varian Omicron pertama kali dikesan di Wilayah Gauteng, Afrika Selatan.

-- Saintis di Institute IHU Mediterranee Infection, Perancis, mengenalpasti varian baharu pada penghujung November 2021, secara saintifik dikenali sebagai B.1.640.2 dengan mempunyai 46 mutasi dan menggelarkannya, IHU.

-- Israel mengesahkan kes pertama individu dijangkiti ‘Flurona’ iaitu kes Influenza dan COVID-19 secara serentak (2 Jan 2022).

-- 1 April 2022 - Malaysia masuk ke fasa peralihan ke endemik sebagai “exit strategy” untuk membolehkan rakyat negara ini kembali semula kepada kehidupan yang hampir normal selepas dua tahun berperang dengan COVID-19.

-- 1 Mei 2022 - beberapa kelongaran protokol Prosedur Operasi Standard (SOP) termasuk pemakaian pelitup muka, penjarakan fizikal dan daftar masuk serta status vaksinasi MySejahtera.

-- Malaysia kini berada dalam fasa peralihan ke endemik bermula 1 April 2022 sebagai “exit strategy” untuk membolehkan rakyat negara ini kembali semula kepada kehidupan yang hampir normal selepas dua tahun berperang dengan COVID-19.

 

BERNAMA

 

 

 

 

© 2025 BERNAMA. Hak Cipta Terpelihara.