<
span style="font-family:Arial,Helvetica,sans-serif">Oleh Melati Mohd Ariff
Berikut adalah Rangkuman Mingguan Bernama mengenai COVID-19 dan perkara yang berkaitan di Malaysia serta di peringkat dunia dari 22 Okt hingga pukul 12:00tgh 28 Okt 2022.
Kes kumulatif COVID-19 di Malaysia melepasi 4.89 juta kes. Di peringkat global, lebih 634 juta kes dilaporkan dengan kes kematian sekitar 6.58 juta kes. Jumah pesakit COVID-19 yang sembuh dilaporkan lebih 613 juta.
Pandemik COVID-19 yang masuk tahun ketiga sudah merebak ke 228 buah negara dan wilayah.
KUALA LUMPUR (Bernama) -- Kes harian baharu COVID-19 untuk enam hari lepas (Rangkuman Mingguan Bernama 22 Okt-27 Okt) meningkat sekitar 12 peratus kepada 13,050 dengan angka tertinggi dicatat semalam (27 Okt) sebanyak 2,762 kes.
Daripada 2,762 kes itu, lapan (8) adalah kes import dan lima (5) daripadanya dikesan di Melaka dan masing-masing satu (1) di Negeri Sembilan, Perak dan Sarawak.
Ini berbanding 11,674 kes harian baharu COVID-19 untuk tempoh yang sama, 15 Okt hingga 20 Okt lepas. Kumulatif kes COVID-19 di Malaysia kini sebanyak 4,890,437.
Pengunjung dari dalam dan luar negeri mengambil kesempatan untuk beriadah dan mengunjungi tempat bersejarah pada cuti umum sempena sambutan Deepavali di Bangunan Stadthuys atau Bangunan Merah dekat Banda Hilir, Melaka. --fotoBERNAMA (2022) HAK CIPTA TERPELIHARA
Peningkatan kecil kes baharu COVID-19 dijangka berlaku untuk beberapa minggu ini seperti yang dinyatakan oleh Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin minggu lepas, yang ada kaitannya dengan penularan subvarian Omicron XBB di Malaysia.
Setakat ini, untuk bulan Oktober 2022, kes harian baharu melepasi angka 2,000 sebanyak 10 hari iaitu pada 13 Okt (2,090), 14 Okt (2,231), 15 Okt (2,023), 19 Okt (2,295), 20 Okt (2,561), 21 Okt (2.256), 22 Okt (2,618), 23 Okt (2,054), 26 Okt (2,136) dan 27 Okt (2,762).
Kali terakhir angka kes harian baharu negara melepasi angka 2,000 ialah pada 30 Sept 2022 sebanyak 2,007 kes.
Kes terendah untuk bulan Oktober 2022 adalah pada 17 Oktober iaitu 1,210 kes.
Pelumba MotoGP beraksi pada Petronas Grand Prix 2022 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC). --fotoBERNAMA (2022) HAK CIPTA TERPELIHARA
Sementara itu, kumulatif kes COVID-19 Malaysia kini sebanyak 4,890,437 kes. Kes aktif COVID-19 menurut data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), KKMNOW dikemaskini setakat pukul 11:59mlm 27 Oktober, sebanyak 28,720 kes dan daripada jumlah itu, 27,503 (95.8 peratus) dikuarantin di rumah.
Daripada 2,762 kes semalam, lima (5) buah negeri mencatat kes tiga angka iaitu Selangor (964), WP Kuala Lumpur (709), Perak (217), Sabah (126) dan Pulau Pinang (104).
Kes dua angka di Negeri Sembilan (94), Sarawak (90), Melaka (82), Kedah (75), Kelantan (74), Pahang (68), Johor (60), WP Putrajaya (54) dan Terengganu (30).
Kes satu (1) angka di Perlis (9) dan WP Labuan (6).
Berikut kes harian baharu COVID-19 sepanjang tempoh Rangkuman Mingguan Bernama 22 Okt hingga 27 Okt 2022:-
22 Okt (2,618), 23 Okt (2,054), 24 Okt (1,737), 25 Okt (1,743), 26 Okt (2,136) dan 27 Okt (2,762).
Kes harian baharu COVID-19 sepanjang 15 Okt hingga 21 Okt 2022:
15 Okt (2,023), 16 Okt (1,712), 17 Okt (1,210), 18 Okt (1,873), 19 Okt (2,295), 20 Okt (2,561) dan 21 Okt (2,256).
Kes harian COVID-19 di negara jiran Singapura adalah seperti berikut:-
22 Okt (6,339), 23 Okt (4,454), 24 Okt (3,627), 25 Okt (2,994), 26 Okt (9,557) dan 27 Okt (6,247).
Kes harian baharu COVID-19 di negara seberang Tambak Johor itu kembali meningkat sehingga lima angka iaitu pada 11 Oktober (11,732) dan 18 Okt (11,934). Lonjakan kes di Republik itu dikaitkan dengan sub varian Omicron, XBB.
Sekumpulan petugas sibuk menyiapkan pentas utama dalam persiapan terakhir menjelang Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) Pahang di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sultan Ahmad Shah (SASICC). --fotoBERNAMA (2022) HAK CIPTA TERPELIHARA
Sementara itu, sebanyak 1,271 kes sembuh pesakit COVID-19 diaporkan semalam, menjadikan kumulatif kes sembuh negara setakat semalam sebanyak 4,825,255 kes.
Dengan sebanyak 4,890,437 kumulatif kes COVID-19, Malaysia kini di tangga 27 daripada 228 buah negara/wilayah yang dilanda pandemik COVID-19. Di hadapan Malaysia ialah Greece (5,135,200) dan Ukraine (5,296,254).
Dalam kalangan 228 buah negara, mengikut data terkini Worldometer, Jerman mencatat kes harian baharu tertinggi (61,492) diikuti oleh Jepun (42,737) dan Perancis (37,089).
Amerika Syarikat mencatat angka kematian akibat COVID-19 tertinggi dengan 1,092,596 kes.
SENARIO COVID-19 DI MALAYSIA
Hiasan ‘kolam’ menjadi pelengkap sempena sambutan perayaan Deepavali. --fotoBERNAMA (2022) HAK CIPTA TERPELIHARA
Data KKMNOW setakat pukul 11:59mlm, 27 Okt 2022 menunjukkan 27,503 kes (95.8 peratus) daripada 28,720 kes aktif COVID-19 dikuarantin di rumah.
Sifar (0) di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC); 1,170 kes (4.1 peratus) di hospital; 17 kes (0.1 peratus) di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa memerlukan Alat Bantuan Pernafasan (ABP) sementara 30 kes (0.1 peratus) di ICU memerlukan ABP.
Untuk rekod, terdapat lima tahap jangkitan COVID-19, iaitu
Tahap 1 - Tidak menunjukkan sebarang gejala
Tahap 2 - Bergejala ringan, tiada radang paru-paru
Tahap 3 - Bergejala, mengalami radang paru-paru
Tahap 4 - Bergejala, mengalani radang paru-paru yang memerlukan bantuan oksigen
Tahap 5 - Bergejala kritikal, memerlukan rawatan intensif di Unit Rawatan Rapi (ICU).
Kes sembuh:-
22 Okt (1,841), 23 Okt (1,975), 24 Okt (2,118), 25 Okt (1,935), 26 Okt (1.695) dan 27 Okt (1,271).
*kes kumulatif sembuh sehingga 27 Okt 2022 sebanyak 4,825,255
Kes aktif dengan kebolehjangkitan:-
22 Okt (27,299), 23 Okt (27,378), 24 Okt (26,994), 25 Okt (26,797), 26 Okt (27,233) dan 27 Okt (28,720).
Perincian kes harian baharu (2,762 kes) :-
*mengikut negeri, setakat 27 Okt 2022
*(+kes import)
Status Terkini COVID-19 Malaysia. Kes Baharu mengikut Negeri. Sumber: KKM
Tiga angka - Selangor 964 (+0), WP Kuala Lumpur 709 (+0), Perak 216 (+1), Sabah 126 (+0) dan Pulau Pinang 104 (+0).
Dua angka - Negeri Sembilan 93 (+1), Sarawak 89 (+1), Melaka 77 (+5), Kedah 75 (+0), Kelantan 74 (+0), Pahang 68 (+0), Johor 60 (+0), WP Putrajaya 54 (+0) dan Terengganu 30 (+0).
Satu angka - Perlis 9 (+0) dan WP Labuan 6 (+0).
Rekod kes baharu, kes kumulatif dan kes import:-
22 Okt - Kes baharu 2,618; Kumulatif kes 4,880,005; Kes import 7
23 Okt - Kes baharu 2,054; Kumulatif kes 4,882,059; Kes import 1
24 Okt - Kes baharu 1,737; Kumulatif kes 4,883,796; Kes import 1
25 Okt - Kes baharu 1,743; Kumulatif kes 4,885,539; Kes import 1
26 Okt - Kes baharu 2,136; Kumulatif kes 4,887,984; Kes import 3
27 Okt - Kes baharu 2,762; Kumulatif kes 4,890,437; Kes import 8
Rekod kes kematian:-
*BID = kes kematian di luar fasiliti kesihatan (iaitu hospital) dan dibawa ke Jabatan Forensik hospital; disahkan positif COVID-19 selepas ujian makmal RT PCR dijalankan.
22 Okt - 4 (BID 2), 23 Okt - 0 (BID 0), 24 Okt - 3 (BID 1), 25 Okt - 5 (BID 1), 26 Okt - 6 (BID 3) dan 27 Okt - 4 (BID 2).
*Jumlah kes kematian sehingga 27 Okt 2022 sebanyak 36,462 kes.
STATISTIK GLOBAL COVID-19
Statistik Terkini COVID-19 di Seluruh Dunia dan Ringkasan Kes COVID-19 di Malaysia. worldometers.info/coronavirus
Jumlah kes COVID-19 global terkini (worldometer) adalah sebanyak 634,610,831 kes berbanding 632,438,082 kes pada minggu lepas dengan 6,589,402 kematian (angka kematian minggu lalu 6,581,228 kematian). Sebanyak 613,599,395 kes sembuh dilaporkan berbanding 611,189,253 kes sembuh pada minggu lepas.
Sebanyak 228 negara/wilayah dilanda pandemik COVID-19 dan 10 buah negara teratas dalam kedudukan senarai ini adalah Amerika Syarikat, India, Perancis, Jerman, Brazil, Korea Selatan, United Kingdom, Itali, Jepun dan Rusia.
Pecahan kes COVID-19 untuk 10 negara teratas dan (+rekod kes harian baharu) adalah seperti berikut:-
Amerika Syarikat 99,281,954 (+24,331)
India 44,648,505 (+1,625)
Perancis 36,744,655 (+37,089)
Jerman 35,523,412 (+61,492)
Brazil 34,857,648 (+8,580)
Korea Selatan 25,431,105 (+34,950)
United Kingdom 23,855,522 (+tiada maklumat)
Itali 23,475,187 (+31,758)
Jepun 22,148,863 (+42,737)
Rusia 21,402,209 (+7,849)
Berikut adalah negara di Asia Tenggara, di samping Malaysia, dengan pecahan kes kumulatif COVID-19 dan (+kes harian baharu):-
Vietnam di tangga 13 - 11,499,357 (+484)
Indonesia di tangga 20 - 6,481,749 (+3,029)
Malaysia di tangga 27 - 4,890,437 (+2,762)
Thailand di tangga 30 - 4,689,897 (+tiada maklumat)
Filipina di tangga 38 - 3,999,226 (+1,379)
Singapura di tangga 46 - 2,086,588 (+6,247)
Myanmar di tangga 83 - 631,059 (+157)
Brunei di tangga 110 - 237,656 (+tiada maklumat)
Laos di tangga 113 - 216,212 (+7)
Kampuchea di tangga 125 - 137,979 (+tiada maklumat)
-------------------------------------------------------------------------
LATAR BELAKANG COVID-19
-- Penularan wabak COVID-19 yang pada awalnya dipanggil virus Wuhan berlaku ketika masyarakat Cina di seluruh dunia termasuk di China membuat persiapan untuk menyambut perayaan Tahun Baru Cina. - Virus dikesan di Wuhan, ibu negeri wilayah Hubei, China pada 31 Dis 2019 selepas WHO dimaklumkan terdapat beberapa kes radang paru-paru di bandar tersebut.
-- WHO memberi nama rasmi virus "2019-nCoV" iaitu COVID-19, singkatan untuk Corona Virus Disease 19. Virus ini dilaporkan mempunyai komponen genetik yang paling serupa yang terdapat pada ular dan kelawar. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 11 Mac 2020 akhirnya melabelkan wabak penyakit COVID-19 sebagai pandemik.
-- WHO menyifatkan wabak penyakit COVID-19 sebagai 10 kali ganda lebih berbahaya daripada Influenza A H1N1atau lebih dikenali sebagai Selesema Babi (Swine Flu).
-- Kes pertama 2019-nCoV di Malaysia disahkan pada 25 Jan membabitkan tiga (3) warga China yang masuk ke Malaysia melalui Johor dari Singapura pada 23 Jan.
-- Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menetapkan empat VOC sebagai kebimbangan global iaitu United Kingdom (B.117), Afrika Selatan (B.1.351), Brazil (P.1) dan India (B.1.617).
-- WHO berikutnya mengumumkan varian COVID-19 akan dikenali menggunakan huruf Greek bagi mengelakkan mana-mana negara dikaitkan dengan stigma pandemik itu.
-- Variant of Concern (VOC) seperti berikut:- *varian Beta (B.1.351); *varian Alpha (B.1.1.7); dan *varian Delta (B.1.617.2), pertama kali dikesan di India pada penghujung tahun 2020.
-- Variant of Interest (VOI) seperti berikut:- *varian Theta (P.3); *varian Eta (B.1.525); dan *varian Kappa (B.1.617.1)
-- WHO mengumumkan kes VOC B.1.1.529 yang kemudiannya dinamakan Omicron pada 26 Nov 2021. Varian Omicron pertama kali dikesan di Wilayah Gauteng, Afrika Selatan.
-- Saintis di Institute IHU Mediterranee Infection, Perancis, mengenalpasti varian baharu pada penghujung November 2021, secara saintifik dikenali sebagai B.1.640.2 dengan mempunyai 46 mutasi dan menggelarkannya, IHU.
-- Israel mengesahkan kes pertama individu dijangkiti ‘Flurona’ iaitu kes Influenza dan COVID-19 secara serentak (2 Jan 2022).
-- 1 April 2022 - Malaysia masuk ke fasa peralihan ke endemik sebagai “exit strategy” untuk membolehkan rakyat negara ini kembali semula kepada kehidupan yang hampir normal selepas dua tahun berperang dengan COVID-19.
-- 1 Mei 2022 - beberapa kelongaran protokol Prosedur Operasi Standard (SOP) termasuk pemakaian pelitup muka, penjarakan fizikal dan daftar masuk serta status vaksinasi MySejahtera.
-- Malaysia kini berada dalam fasa peralihan ke endemik bermula 1 April 2022 sebagai “exit strategy” untuk membolehkan rakyat negara ini kembali semula kepada kehidupan yang hampir normal selepas dua tahun berperang dengan COVID-19.
BERNAMA