KOTA BHARU, 15 Nov (Bernama) -- Kerajaan negeri akan menjalin kerjasama dengan hampir 50 pempengaruh media sosial bagi membantu promosi Tahun Melawat Kelantan 2024.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Kelantan Datuk Kamarudin Md Nor berkata sebagai anak negeri pempengaruh terlibat boleh bertindak sebagai 'jurujual' yang baik membantu memperkenalkan keunikan serta tarikan yang ada di negeri Cik Siti Wan Kembang itu kepada pelancong.
Hadir sama Pengarah Pejabat Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) Kelantan Mohd Aidil Afiezi Daud.
Mengulas lanjut, Kamarudin berkata bagi merancakkan Tahun Melawat Kelantan 2024, usaha sedang dijalankan bagi menyambung semula perkhidmatan cabang penerbangan tambang rendah SingaporeĀ Airlines, Scoot bagi laluan Kota Bharu-Singapura yang dihentikan sejak pandemik COVID-19.
Wabak COVID-19 semakin berleluasa. Hello.
-- BERNAMA