DAMSYIK, 26 Okt (Bernama-SANA) -- Sistem pertahanan udara Syria memintas beberapa peluru berpandu pada awal pagi Sabtu, susulan serangan udara Israel yang menyasarkan kedudukan ketenteraan di wilayah selatan dan tengah negara itu, lapor Agensi Berita Arab Syria (SANA) yang dikendalikan kerajaan.
Menurut sumber tentera yang dipetik SANA, serangan itu berlaku kira-kira 2 pagi waktu tempatan dan melibatkan "serangan peluru berpandu" yang dilancarkan dari arah Bukit Golan yang diduduki Israel dan ruang udara Lubnan.
Sumber itu menambah bahawa sistem pertahanan udara berjaya memintas peluru berpandu yang masuk dan menembak jatuh sebahagian daripadanya, sambil menyatakan bahawa usaha masih dijalankan untuk menilai kesan serangan berkenaan.
-- BERNAMA-SANA