KUALA LUMPUR, 31 Okt (Bernama) — PETRONAS ingin menjelaskan bahawa ia masih dalam perbincangan dengan Petroleum Sarawak Bhd (Petros) mengenai cadangan pelaksanaan Ordinan Pengagihan Gas (DGO).
Perbincangan yang berterusan itu bertujuan untuk menyelaraskan kepentingan serta objektif semua pihak di samping memelihara pengaturan kontrak sedia ada, kata syarikat minyak dan gas negara melalui satu kenyataan hari ini.
Perbincangan itu juga bertujuan bagi memastikan komitmen kepada pelabur dan pelanggan terus dipenuhi.
— BERNAMA