PASARAN

Niaga Hadapan FBM KLCI Dibuka Kebanyakannya Tinggi

06/11/2024 11:12 AM

KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dibuka kebanyakannya tinggi dalam dagangan awal hari ini.

Pada 9.12 pagi, kontrak November 2024 menambah 2.5 mata kepada 1,625.0, Disember 2024 naik 0.5 mata kepada 1,629.0, Mac 2025 meningkat 1.0 mata kepada 1,618.0 manakala Jun 2025 merosot 0.5 mata kepada 1,627.0.

Jumlah dagangan sebanyak 992 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 35,112 kontrak.

Petunjuk pasaran FBM KLCI naik 3.55 mata kepada 1,624.25 selepas 34 minit dagangan.

-- BERNAMA  

© 2024 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy