PASARAN

Kontrak Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Kebanyakannya Tinggi

04/11/2024 08:34 PM

KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup kebanyakannya tinggi hari ini.

Kontrak bulan semerta November 2024 menokok 15.5 mata kepada 1,619.0, Disember 2024 turun 0.5 mata kepada 1,621.5, Mac 2025 naik 14.5 mata kepada 1,610.0, manakala Jun 2025 ia melonjak 18.5 mata kepada 1,613.5.

Jumlah dagangan meningkat kepada 9,047 lot daripada 5,866 lot pada Jumaat minggu lepas manakala kepentingan terbuka naik kepada 45,982 kontrak daripada 42,202 kontrak. 

Pada jam 5 petang, FBM KLCI menokok 12.45 mata kepada 1,616.43 berbanding 1,603.98 pada Jumaat.

 -- BERNAMA



 

© 2024 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy