PASARAN

Niaga Hadapan Fbm Klci Dibuka Rendah

07/11/2024 11:26 AM

KUALA LUMPUR, 7 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) rendah semasa awal dagangan di Bursa Malaysia Derivatives pada Khamis.

Pada 9.10 pagi, kontrak November 2024 merosot 11.0 mata kepada 1,636.5, Disember 2024 dan Mac 2025 jatuh 10.5 mata masing-masing kepada 1,640.5 and 1,629.0 manakala Jun 2025 turun 1.0 mata kepada 1,637.5.

Jumlah dagangan sebanyak 2,066 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 35,235 kontrak.

Indeks penanda aras FBM KLCI susut 2.34 mata kepada 1,631.83 selepas 51 minit dagangan dijalankan.

-- BERNAMA  

 

 

© 2024 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy