AM

MetMalaysia Keluarkan Nasihat Taufan Yinxing

08/11/2024 10:00 AM

KUALA LUMPUR, 8 Nov (Bernama) -- Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan nasihat mengenai taufan Yinxing yang dikesan kira-kira 1,313 kilometer (km) ke Timur Laut Kudat, Sabah.

MetMalaysia menerusi kenyataan hari ini memaklumkan taufan itu berada pada kedudukan latitud 18.4 utara dan longitud 119.5 timur, kira-kira 118 km ke Barat Laut Laoag City, Filipina.

Berdasarkan pencerapan pada 8 pagi, MetMalaysia melaporkan bahawa taufan terbabit bergerak ke arah barat berkelajuan 20 km/j, dengan potensi kelajuan maksimum mencapai 139 km/j.

“Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang dan laut bergelora di kawasan perairan Laut China Selatan,” menurut kenyataan itu.

-- BERNAMA

© 2024 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy