AM

2TM: Rakyat Dipelawa Hadir, Bantu Teroka Jalan Tambah Baik Perkhidmatan Awam- PACU

21/11/2024 11:02 AM

KUALA LUMPUR, 21 Nov (Bernama) -- Orang ramai dipelawa hadir ke Program Dua Tahun Kerajaan MADANI (2TM) dan Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam Tahun 2024 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, bermula esok bagi sama-sama meneroka jalan untuk menambah baik perkhidmatan awam negara.

Unit Penyelarasan Lonjakan Prestasi (PACU), Pejabat Perdana Menteri, selaku sekretariat induk 2TM, menerusi hantaran di Facebook hari ini, turut mengajak orang ramai untuk meraikan kebersamaan pada program berkenaan yang akan berlangsung sehingga Ahad ini.

“Selama tiga hari ini bawa keluarga, sanak-saudara dan rakan taulan bermula jam 9 pagi hingga 6 petang, kita jumpa di sana, MADANI di hati, rakyat disantuni,” menurut hantaran itu.

“Selama tiga hari ini, bawa keluarga, sanak saudara, dan rakan taulan bermula 9 pagi hingga 6 petang. Kita jumpa di sana, MADANI di Hati, Rakyat Disantuni,” menurut hantaran itu.

Program Dua Tahun Kerajaan MADANI (2TM) dan Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam Tahun 2024 menawarkan pelbagai perkhidmatan daripada kementerian, agensi, dan jabatan kerajaan kepada rakyat.

Selain itu, pelbagai aktiviti dan tawaran menarik menanti orang ramai antaranya reruai usahawan serta Jualan Rahmah MADANI.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan merasmikan program tersebut pada 11 pagi, Sabtu ini.

-- BERNAMA

© 2024 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy