LONDON, 25 Nov (Bernama-PA Media/dpa) -- Kylian Mbappe menamatkan kemarau jaringan empat perlawanan apabila menjaringkan gol peribadi ketujuh musim ini dalam kemenangan meyakinkan 3-0 Real Madrid ke atas Leganes dalam saingan LaLiga.
Los Blancos yang menduduki tempat kedua memanfaatkan keputusan seri pendahulu Barcelona dengan Celta Vigo pada Sabtu untuk merapatkan jurang kepada empat mata dengan kelebihan satu perlawanan.
Selepas jaringan Mbappe pada babak pertama, Federico Valverde dan Jude Bellingham masing-masing menambah jaringan pada babak kedua, menjadikannya tujuh gol dan dua perlawanan tanpa bolos dalam dua perlawanan terakhir Madrid.
--BERNAMA-PA Media/dpa