PASARAN

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah

25/11/2024 08:41 PM

KUALA LUMPUR, 25 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini, mencerminkan aliran penurunan pasaran emas Bursa Komoditi New York (COMEX) Amerika Syarikat (AS).

Kontrak semerta November 2024 menyusut kepada US$2,673.00 setiap auns troy daripada US$2,698.70 setiap auns troy pada Jumaat lepas.

Kontrak Disember 2024, Januari 2025, Februari 2025 dan April 2025, semuanya ditutup rendah pada US$2,687.30 setiap auns troy berbanding US$2,712.10 setiap auns troy sebelumnya.

Jumlah dagangan menokok kepada 23 lot daripada lapan lot minggu lepas manakala kepentingan terbuka melonjak kepada 44 kontrak daripada 28 kontrak sebelumnya.

Mengikut penetapan harga London Bullion Market Association pada 22 Nov, harga emas fizikal berada pada US$2,694.95 setiap auns troy. 

-- BERNAMA

 

 

 

© 2024 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy