KUALA LUMPUR, 4 Dis (Bernama) -- Lazada Malaysia akan mengadakan permainan nostalgia 1-2-Jus bermula 11 hingga 14 Dis ini, dengan pemain berpeluang mengumpul mata dan menang untuk berkongsi baucar bernilai RM120,000, bersama baucar Lazada lain semasa kempen 12.12 All Out Sale.
Lazada dalam kenyataan memaklumkan pembeli hanya perlu mencari Lazada 1212 Showdown di Google untuk menemukan laman sesawang tersembunyi Lazada seterusnya mendaftar bagi menyertai permainan itu.
“Selepas mendaftar, peserta boleh memilih langkah - batu, kertas atau gunting - untuk bertanding menentang Ratu dan memperoleh 10 mata bagi negeri mereka. Jika peserta menang ke atas langkah Ratu, mereka boleh menyumbang tambahan 20 mata kepada negeri ini. Selain itu, pembeli akan menerima baucar Lazada dengan hanya menyertai permainan itu, yang boleh digunakan semasa 12.12 All Out Sale, hingga stok masih ada,” menurut kenyataan itu.
Langkah Ratu akan diumumkan setiap hari pada 8 pagi di Instagram Lazada. Peserta juga boleh mengikuti tanda pagar #Lazada1212Showdown bagi kemas kini.
Menurut Lazada negeri yang menang akan diumumkan pada 10 Dis dan semua peserta yang menyumbang kepada kemenangan itu akan berkongsi hadiah RM120,000 dalam bentuk baucar Lazada.
Lazada juga memaklumkan kempen popularnya RM12 All Out Deals kembali dengan tawaran diskaun untuk pelbagai produk semasa jualan 12.12 tersebut.
Sementara itu, pembeli boleh menikmati diskaun hingga 50 peratus untuk hadiah bermula 1 Dis lepas termasuk daripada jenama terkemuka seperti Bobbi Brown, Clinique, Estée Lauder, LEGO, dan Ogawa.
“Pembeli juga boleh berjimat lebih banyak dengan tawaran hebat pada RM0.12, RM1.20, dan RM120 merangkumi pelbagai produk termasuk peranti permainan, perhiasan rumah, makanan dan minuman, barangan penjagaan diri, kosmetik, penjagaan kulit, peralatan dapur, pakaian dan barangan keperluan perjalanan.
“Dari 8 hingga 14 Dis, pembeli boleh mengikuti penstriman langsung untuk membuka lebih banyak tawaran. Nikmati diskaun 40 peratus produk penjagaan kulit Kiehl menerusi SASA, diskaun 30 peratus alat kecantikan daripada Amiro dan Ulike serta koleksi eksklusif daripada PopMart dan 52Toys termasuk Labubu, CryBaby, dan LuLu The Piggy,” menurut kenyataan itu.
Pembantu maya dikuasakan kecerdasan buatan (AI) Lazada, AI Lazzie juga akan memainkan peranan utama semasa 12.12 All Out Sale, dengan menawarkan aktiviti interaktif yang direka bagi melibatkan dan memberi ganjaran kepada pembeli. Pembeli boleh menyertai Cabaran Kod Rahsia untuk berpeluang memenangi RM1,212 dalam LazCash setiap hari dengan menaip kod eksklusif ke dalam Message+ di aplikasi Lazada.
“Selain itu, pembeli yang kerap berinteraksi dengan AI Lazzie dengan menghantar mesej, melayari produk atau membuat pesanan akan berpeluang memenangi hadiah harian. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai 12.12 All Out Sale here atau ikuti kami di media sosial dengan tanda pagar #LazadaMY1212Sale #LazadaMY #Lazada1212Showdown,” menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA