KOTA BHARU, 20 Dis (Bernama) -- Seorang individu cedera parah selepas motosikal ditanggangnya merempuh sebuah kereta peronda polis yang cuba mengelak anjing melintas di kilometer 10, Jalan Jeli-Dabong, semalam.
Ketua Polis Daerah Jeli Supt Saari Yaacob berkata kejadian berlaku pada 9.30 malam apabila kereta peronda polis dari arah Kuala Balah ke Jeli cuba mengelak anjing yang secara tiba-tiba melintas dari kiri jalan, dirempuh sebuah motosikal di bahagian sisi kanan belakang kereta.
Dalam kenyataan hari ini beliau berkata kes sedang disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, dan orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta menghubungi Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Jeli dengan menelefon 09-9440222 bagi membantu siasatan.
-- BERNAMA