PASARAN

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi Sedikit

27/12/2024 08:09 PM

KUALA LUMPUR, 27 Dis (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi sedikit pada Jumaat meskipun minat belian yang rendah.

Kontrak bulan semerta Disember 2024 naik kepada US$2,627.30 setiap auns troy daripada US$2,626.10 setiap auns troy pada Khamis dan Januari 2025 meningkat kepada US$2,640.40 setiap auns troy daripada US$2,639.20.

Kontrak Februari 2025, Mac 2025 dan April 2025 semuanya ditutup tinggi pada US$2,650.50 setiap auns troy berbanding US$2,649.30 pada Khamis.

Jumlah dagangan berjumlah 22 lot, berbanding 34 lot semalam, manakala kepentingan terbuka susut kepada 38 kontrak daripada 40 kontrak sebelum itu.

-- BERNAMA


 

© 2024 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy