AM

Tempoh Operasi Perpustakaan Negara Dilanjutkan Hingga 7 Malam Bermula 2 Jan

27/12/2024 09:30 PM

KUALA LUMPUR, 27 Dis (Bernama) -- Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) akan melanjutkan tempoh operasi dari 10 pagi hingga 7 malam bermula 2 Jan tahun depan, berbanding hingga 5 petang ketika ini.

Timbalan Ketua Pengarah PNM Edy Irwan Zulkafli dalam kenyataan hari ini memaklumkan waktu operasi baharu itu turut melibatkan Perpustakaan Komuniti PNM di Perpustakaan Awam Bukit Damansara, Buku2U@Radia Bukit Jelutong serta pusat beli-belah AEON Mahkota Cheras dan AEON AU2 Setiawangsa.

Beliau berkata Anjung Bestari PNM juga bakal beroperasi semula pada masa sama setiap Selasa hingga Ahad.

“Bersempena dengan pembukaan semula Anjung Bestari PNM, 100 pengunjung terawal akan menerima cenderamata eksklusif daripada PNM.

“PNM mengalu-alukan kehadiran semua pengunjung untuk menggunakan perkhidmatan yang disediakan,” katanya.

-- BERNAMA

 

 

© 2024 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy