AM

Ribut Petir, Hujan Lebat Di Beberapa Negeri Hingga Malam Ini

28/12/2024 05:52 PM

KUALA LUMPUR, 28 Dis (Bernama) -- Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di lima negeri dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta Putrajaya hingga 9 malam ini.

Menerusi kenyataan dikeluarkan petang ini, lokasi di Kedah yang dijangka mengalami cuaca itu ialah Kuala Muda, Baling, Kulim dan Bandar Baharu, selain Seberang Perai Utara, Pulau Pinang dan HIlir Perak, Perak. 

Cuaca sama diramal berlaku di Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Petaling, Kuala Langat dan Sepang di Selangor manakala Sarawak melibatkan Sibu (Kanowit dan Selangau), Kapit (Song, Kapit dan Bukit Mabong) dan Bintulu (Tatau).

-- BERNAMA

 

 

 

 

© 2024 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy