IPOH, 31 Dis (Bernama) -- Hospital Taiping mencari ahli keluarga atau waris kepada seorang wanita yang telah meninggal dunia dan mayatnya masih ditempatkan di Jabatan Perubatan Forensik hospital itu kerana tidak dituntut.
Hospital Taiping dalam kenyataan hari ini memaklumkan wanita warga Indonesia dikenali sebagai Husnol Hotimah, 52, itu disahkan meninggal dunia di hospital berkenaan pada 21 Dis lepas.
"Alamat terakhir wanita ini adalah di No 28, Tingkat Atas Stesen Bas Kamunting, 34600 Taiping.
"Sehubungan itu, pihak waris dimohon hadir ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Taiping atau menghubungi talian 06-8204000 (sambungan 8045) bagi urusan tuntutan mayat dan maklumat lanjut," menurut kenyataan tersebut.
-- BERNAMA