AM

PPS Terakhir Ditutup, Banjir Di Johor Pulih Sepenuhnya

03/01/2025 12:01 PM

JOHOR BAHRU, 3 Jan (Bernama) -- Banjir di Johor pulih sepenuhnya setelah pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir iaitu Balai Raya Kampung Perpat di Kota Tinggi ditutup 11 pagi tadi. 

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Tan Sri Dr Azmi Rohani memaklumkan, 27 mangsa daripada lima keluarga yang ditempatkan di PPS berkenaan sejak dibuka Selasa lepas dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing hari ini.

"Mereka dibenarkan pulang setelah air banjir surut dan keadaan di kawasan kediaman didapati selamat.

"Selain itu, cuaca di kesemua 10 daerah diramalkan cerah pagi ini," katanya dalam kenyataan hari ini. 

Johor kembali dilanda banjir melibatkan daerah Kota Tinggi susulan hujan lebat berterusan pada Isnin lepas.

-- BERNAMA

© 2025 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy