PASARAN

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi

03/01/2025 09:10 PM

KUALA LUMPUR, 3 Jan (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Jumaat, didorong oleh permintaan aset selamat kukuh dalam persekitaran ketegangan geopolitik di Timur Tengah dan konflik Rusia-Ukraine yang berlanjutan.

Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta Januari 2025 meningkat kepada US$2,678.90 setiap auns troy daripada paras penutup US$2,633.70 pada Khamis manakala Februari 2025 menokok kepada US$2,678.90 daripada US$2,633.70 semalam.

Sementara itu, Mac 2025, April 2025 dan Jun 2025 masing-masing naik kepada US$2,687.30 setiap auns troy daripada US$2,633.70 semalam.

Jumlah dagangan melonjak kepada satu 29 lot berbanding satu lot semalam manakala manakala kepentingan terbuka menokok kepada 44 kontrak daripada 17 kontrak sebelumnya.

Menurut London Bullion Market Association pada 2 Januari, harga emas fizikal berada pada US$2,646.30 setiap auns troy.

-- BERNAMA

 

© 2025 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy