KUALA LUMPUR, 10 Jan (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) bagi Bursa Malaysia Derivatives mencatat prestasi bercampur-campur dalam sesi awal dagangan pada Jumaat.
Pada jam 9.45 pagi, kontrak Januari 2025 susut satu mata kepada 1,598.5, Februari 2025 sebaliknya meningkat 2.5 mata kepada 1,605.0, Mac 2025 tidak berubah pada 1,605.0 manakala Jun 2025 menokok satu mata kepada 1,593.0.
Jumlah dagangan sebanyak 1,008 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 38,089 kontrak.
Selepas 49 minit dagangan dijalankan, indeks penanda aras FBM KLCI menokok 2.94 mata kepada 1,603.75 daripada paras 1,600.81 yang dicatatkan pada akhir dagangan semalam.
-- BERNAMA