PASARAN

Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Rendah

09/01/2025 07:00 PM

KUALA LUMPUR, 9 Jan (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini seiring dengan prestasi lemah di pasaran tunai pendasar. 

Pada penutup dagangan, kontrak Januari 2025 rendah 13.5 mata kepada 1,599.5, Februari 2025 menyusut 15.0 mata kepada 1,602.5 manakala kontrak Mac 2025 dan Jun 2025 masing-masing berkurangan 14.0 mata kepada 1,587.0 dan 1,592.0.

Jumlah dagangan meningkat kepada 7,852 lot berbanding 7,635 lot pada Rabu manakala kepentingan terbuka menokok kepada 44,051 kontrak berbanding 43,635 sebelum ini.

Pada 5 petang, FBM KLCI rendah 14.02 mata atau 0.86 peratus kepada 1,600.81 daripada 1,614.83 semasa ditutup pada Rabu.

-- BERNAMA

 

 


 

© 2025 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy