SEOUL, 14 Jan (Bernama-dpa) -- Korea Utara melancarkan peluru berpandu tidak dikenali jenisnya, dakwa tentera Korea Selatan pada Selasa, lapor agensi berita Jerman (dpa).
Korea Utara melancarkan peluru berpandu ke arah Laut Timur, juga dikenali sebagai Laut Jepun, menurut agensi berita Korea Selatan Yonhap yang memetik kakitangan am di Seoul.
Pelancaran itu berlaku seminggu selepas Korea Utara melancarkan apa yang dikatakannya sebagai "peluru berpandu balistik hipersonik jarak pertengahan jenis baharu".
Korea Utara dilarang oleh resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) daripada melancarkan atau menguji peluru berpandu balistik dalam sebarang jarak. Peluru berpandu biasanya daripada jenis permukaan ke permukaan yang juga boleh dilengkapi dengan kepala peledak nuklear.
Pyongyang memperluaskan ujian peluru berpandunya dengan ketara sejak dua tahun lalu, sambil mempertajam retoriknya terhadap AS dan Korea Selatan. Ia juga mengukuhkan kerjasama ketenteraannya dengan Rusia.
-- BERNAMA-dpa