KUALA LUMPUR, 17 Jan (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Mitrajaya Holdings Bhd (MHB), Pembinaan Mitrajaya Sdn Bhd berjaya memperoleh kontrak bernilai RM375.50 juta daripada NEXTDC Sdn Bhd bagi kerja-kerja pembinaan pusat data utama di sini.
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, katanya, kontrak itu dijangka tamat menjelang Mac 2026 dan memberi sumbangan positif kepada pendapatan serta aset bersih MHB Group bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2025 dan 2026.
“Kontrak itu tidak akan memberi kesan terhadap modal saham dan struktur pegangan saham MHB,” katanya.
-- BERNAMA