SUKAN

Kejohanan Dunia: Malaysia Raih Pingat Perak Acara Berpasukan Lelaki TPB4

20/01/2025 07:09 PM

KUALA LUMPUR, 20  Jan (Bernama) -- Malaysia meraih pingat perak pada acara berpasukan lelaki TPB4 (kecacatan intelektual) pada Kejohanan Dunia Para Persekutuan Boling Antarabangsa (IBF) 2025 (eng: 2025 International Bowling Federation (IBF) Para Bowling World Championships) di Kowloon, Hong Kong hari ini.  

Pasukan yang terdiri daripada Muhd Zul Adly Majeni, Abang Yahya Abang Azhar, Mohd Hazim Sazali dan Mahamad Rizuan Madzhi melakukan 3,035 jatuhan pin pada acara yang berlangsung di pusat boling Kai Tak Sports Park.

Pasukan Australia yang dibarisi Allen Tyler, Ashley Poelstra, Matthew Hurst dan Allan Strong mengumpul 3,152 jatuhan pin untuk muncul juara.

Singapura melengkapkan podium dengan membawa pulang pingat gangsa selepas Eric Foo, Mohamad Rausyan Yaacob, Muhammad Farhan Ismail dan Nixon Fan Jun Jie melakukan 2,972 jatuhan pin.

Kejohanan Dunia Boling Para IBF 2025 yang bermula pada 17 Jan berlangsung sehingga Jumaat (24 Jan).

-- BERNAMA 

KEYWORDS
     
RELATED NEWS
MORE NEWS
© 2025 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://bernama.com/bm/news.php?id=2384799