KUALA LUMPUR, 20 Jan (Bernama) -- Malaysia terus mencatat pencapaian membanggakan dalam aspek keselamatan sebagaimana dinyatakan Indeks Keganasan Global 2024 yang menunjukkan penurunan dalam ancaman keganasan.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam hantaran di laman Facebook memaklumkan Malaysia juga diletakkan sebagai negara ke-10 dunia dan kedua di Asia paling aman berdasarkan Indeks Keamanan Global 2024.
“Namun, kita tidak boleh leka. Ancaman seperti keganasan siber memerlukan tindakan proaktif, teknologi terkini dan kerjasama erat semua pihak.
“Dengan usaha bersepadu, insya-Allah, Malaysia akan kekal aman, selamat dan sejahtera,” katanya.
-- BERNAMA