KUCHING, 20 Jan (Bernama) -- Jumlah penduduk yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) ekoran banjir di daerah Saratok, Sarawak bertambah kepada 89 orang daripada 21 keluarga, setakat 8 malam ini.
Berdasarkan laporan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak, angka ini meningkat daripada seramai 85 orang pagi tadi.
PPS di Dewan Rumah Dayak Saratok itu diaktifkan 3.30 petang semalam dan kesemua mangsa merupakan penduduk Rumah Tembawai Kapok, sebuah rumah panjang di kawasan Awik, Saratok.
-- BERNAMA