AM

Anwar Beri Sumbangan Kepada Dua Wanita Sempena Tahun Baharu Cina

31/01/2025 10:25 AM

KUALA LUMPUR, 31 Jan (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan sumbangan kepada dua wanita di Kuantan, Pahang sempena Tahun Baharu Cina

Sumbangan berupa keperluan harian dan buah tangan khas perayaan itu disampaikan oleh Setiausaha Politik Perdana Menteri Datuk Ahmad Farhan Fauzi, kepada Tan Yeng Kwee dan Leong Ah Moi dalam siri Ziarah MADANI sempena perayaan tersebut.

Menurut hantaran di Facebook rasmi Perdana Menteri hari ini, Tan merupakan ibu tunggal kepada empat orang anak yang masih bersekolah, manakala Leong ialah seorang mualaf yang tabah menghadapi kehidupan selepas kehilangan anak tersayang dan kini tinggal bersama menantu serta cucunya.

“Kehadiran kami adalah untuk menyampaikan harapan, sokongan, dan tanda bahawa mereka tidak keseorangan.

“Kedua-dua mereka adalah simbol kekuatan yang tersimpan di sebalik ujian hidup. Semoga perayaan ini membawa keceriaan dan menjadi satu permulaan baharu yang lebih indah buat mereka sekeluarga,” menurut hantaran itu.

-- BERNAMA

© 2025 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://bernama.com/bm/news.php?id=2388044