DUNIA

Presiden Sementara Syria Lakukan Lawatan Luar Negara Pertama Ke Arab Saudi

02/02/2025 08:37 PM

ANKARA, 2 Feb (Bernama-AA) -- Presiden sementara Syria, Ahmed al-Sharaa tiba di ibu negara Arab Saudi, Riyadh pada Ahad untuk lawatan ke luar negara pertamanya, lapor Agensi Anadolu (AA) memetik saluran Al-Ekhbariya milik kerajaan Arab Saudi.

Sharaa bersedia untuk bertemu dengan Putera Mahkota Mohammed bin Salman semasa lawatannya, yang menandakan langkah diplomatik penting antara Damsyik dan Riyadh.

Lawatan itu dijangka memberi tumpuan kepada pengukuhan hubungan dua hala dan membincangkan isu serantau.

Lawatan Sharaa dibuat di tengah-tengah usaha berterusan untuk membina semula hubungan antarabangsa Syria berikutan pengasingan politik selama bertahun-tahun.

-- BERNAMA-AA

© 2025 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://bernama.com/bm/news.php?id=2388651