DUNIA

Lukashenko Secara Rasmi Diisytihar Pemenang Pilihan Raya Presiden Belarus

03/02/2025 10:10 PM

MINSK, 3 Feb (Bernama-Xinhua) -- Suruhanjaya Pilihan Raya Pusat Belarus pada Isnin secara rasmi mengisytiharkan kemenangan Alexander Lukashenko dalam pilihan raya presiden terbaru dengan memperoleh 86.82 peratus undi, lapor Xinhua.

Bagi calon lain, Sergei Syrankov memperoleh 3.21 peratus undi, diikuti Oleg Gaidukevich (2.02 peratus), Anna Kanopatskaya (1.86 peratus) dan Alexander Khizhnyak (1.74 peratus). Kira-kira 3.60 peratus pengundi memilih untuk menolak semua calon.

Pilihan raya presiden itu diadakan di Belarus pada 26 Jan. Peratusan keluar mengundi 85.69 peratus.

Di bawah undang-undang Belarus, calon presiden yang memperoleh lebih daripada 50 peratus undi akan diisytiharkan sebagai pemenang.

Lukashenko pertama kali dipilih sebagai presiden Belarus pada 1994 dan kemudian dipilih semula pada 2001, 2006, 2010, 2015 dan 2020.

-- BERNAMA-XINHUA


 

© 2025 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://bernama.com/bm/news.php?id=2388975