MINSK, 27 Jan (Bernama-Xinhua) -- Penyandang Presiden Alexander Lukashenko telah mendahului pilihan raya presiden Belarus berdasarkan keputusan awal yang dikeluarkan awal Isnin oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Pusat negara itu, lapor Xinhua.
Data awal Suruhanjaya Pilihan Raya Pusat menunjukkan Lukashenko menerima 86.82 peratus undi. Sergei Syrankov, Oleg Gaidukevich, Anna Kanopatskaya dan Alexander Khizhnyak masing-masing memperoleh 3.21 peratus, 2.02 peratus, 1.86 peratus dan 1.74 peratus undi.
Di bawah undang-undang Belarus, calon presiden yang memperoleh lebih 50 peratus undi diisytiharkan sebagai pemenang.
Suruhanjaya pilihan raya Belarus akan mengumumkan keputusan rasmi pengundian selewat-lewatnya pada 5 Feb.
-- BERNAMA-XINHUA