DUNIA

340 Trak Bantuan Memasuki Semenanjung Gaza 

04/02/2025 06:11 PM

KAHERAH, 4 Feb (Bernama-SPA) -- Sebanyak 340 trak yang membawa bekalan bantuan dan  kemanusiaan memasuki Semenanjung Gaza pada Isnin melalui lintasan Rafah dan Kerem Shalom, lapor Agensi Berita Saudi (SPA). 

Konvoi itu turut merangkumi 25 trak membawa bahan api dan lima trak membawa gas. 

Menurut seorang pegawai Mesir, jumlah keseluruhan trak bantuan yang memasuki Gaza baru-baru ini mencecah 2,810 dengan 2,626 trak membawa pelbagai bekalan, manakala 184 trak membawa bahan api dan gas. 

Selain itu, lintasan Rafah juga memainkan peranan penting bagi pemindahan pesakit, termasuk 33 rakyat Palestin yang cedera bersama 70 pengiring ke hospital di Mesir untuk mendapatkan rawatan perubatan.

-- BERNAMA-SPA 

© 2025 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://bernama.com/bm/news.php?id=2389254