AM

Agong Berangkat Ke Pramesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-268

04/02/2025 07:58 PM

KUALA LUMPUR, 4 Feb (Bernama) -- Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke pramesyuarat Majlis Raja-Raja ke-268 di Istana Negara, hari ini.

Menerusi catatan di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, mesyuarat kali ini berlangsung selama dua hari bermula esok dan akan dipengerusikan Sultan Kedah Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah.

Turut berangkat Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim.

-- BERNAMA

 

 

© 2025 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://bernama.com/bm/news.php?id=2389293