KUALA TERENGGANU, 8 Feb (Bernama) -- Reman terhadap seorang bomoh muda yang disyaki mencabul kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun di daerah Kemaman disambung enam hari lagi.
Pemangku Ketua Polis Daerah Kemaman DSP Wan Muhammad Wan Ja'afar ketika dihubungi Bernama berkata perintah reman hingga Jumaat itu dikeluarkan Majistret Sharifah Amirda Shasha Amir Sharifuddin di Mahkamah Sesyen Kemaman hari ini.
Lelaki berusia 20 tahun itu ditahan polis di kediamannya di Kerteh pada 10.20 malam, 31 Jan lepas sebelum direman selama seminggu bagi membantu siasatan.
Ketua Polis Terengganu Datuk Mohd Khairi Khairudin ketika memaklumkan mengenai kes berkenaan sebelum ini berkata suspek turut mempunyai satu rekod jenayah lampau berkaitan kes rogol.
-- BERNAMA